referer

PAS Langkawi - UPU Ulu Melaka


Embedded Image



TELAH BERPINDAH KE http://upu-ulumelaka.blogspot.com/
This div will be replaced

TELAH BERPINDAH KE http://upu-ulumelaka.blogspot.com/

SILA KLIK - SALURAN YOUTUBE TERPILIH
http://www.youtube.com/user/tvpas09
http://www.youtube.com/user/malaysiakini
http://www.youtube.com/user/greenboc
http://www.youtube.com/user/mediarakyat
http://tvkedah.blogspot.com/

padang.gaong@gmail.com

DETIKDAILY: APA DAH JADI? - TKO GAGAL DICAPAI


 Sejak awal pagi seperti biasa sebagai 'Kaki-TKO' (atau gelaran yang sewaktu dengannya) saya akan cuba membuka Laman Web kegemaran pencinta kebenaran itu namun ia gagal dicapai. Saya membiarkan sahaja kerana kebetulan mungkin 'line' tak berapa OK.

Setelah beberapa jam selepas itu saya mencubanya sekali lagi.... masih tak OK... saya hanya mempersalahkan broadband yang lemah. Selang beberapa jam lagi saya mencuba lagi sebelum menghadiri jemputan Majlis Perkahwinan saudara di kampung... masih KO, nak buat macamana ? Sabar jer ler.


Selepas solat fardhu Asar dekat-dekat jam empat (Sabah?) try sekali lagi.... ternyata masih KO.. Saya mengisi masa lapang ini dengan menyuci kereta yang kebetulan dah lama tak di cuci... Semalam dah sedia nak bawak ke Car Wash... tapi tak sempat dan kebetulan hujan. Hari ini biarpun hujan mencurah-curah Saya teruskan juga mencuci kereta di halaman rumah yang memang berbumbung sampai ke gate.

Saya rasa sejak saya demam tempoh hari, yang mana demam saya itu berlaku sempena menyambut Hari Jadi orang rumah yang kebetulan sama dengan Hari Pekerja tahun lepas 2008... Saya masih ingat lagi apabila saya cuba menyedut sebatang rokok... barang kali demam itu menghalang saya menghabiskan sebatang...

ENTAH kanapa saya tiba-tiba menanam azam untuk BERHENTI TERUS menghisap rokok. Saya benar-benar berjaya menahan ketagih rokok sehingga saya sembuh dari demam yang kira-kira dua minggu itu. Azam saya semakin tinggi bila menyedari bahawa menghisap rokok boleh menyumbang kepada ekonomi USA dan juga Israeil. Saya jadi bertambah semangat untuk terus berhenti menghisap rokok bila sebatang rokok dikaitkan dengan sebutir peluru yang digunakan untuk membelasah rakyat Palestin.

Sekotak rokok 20 batang yang mungkin hanya kurang dua atau tiga batang itu tidak lagi saya sentuh sehingga apabila saya memanggil seorang tukang paip untuk membaiki pam air yang rosak, baki rokok yang dalam kotak itu saya berikan kepadanya. Semenjak dari hari itu sehingga sekarang "Al-hamdu liLlah" syukur ke hadrat Allah SWT saya telah benar-benar berhenti merokok.

Rasa ketagih rokok memang memerlukan daya tahan yang tinggi untuk melawannya.... bayangkan! apatah lagi ketagih DADAH? orang yang tidak terlibat, cakap "Memang senang" ada yang sampai sumpah seranah maki hamun puak-puak yang hisap rokok ni. Ini masalah ketagih. .. dah namanya juga ketagih. ... nak sampai ketahap ketagih rokok ni bukan semua orang senang-senang dapat title ni... kira ramai juga kawan-kawan yang cuba sedaya upaya ingin menjadi PENAGIH ROKOK (ni... time sekolah dulu laa) tapi tak semua jadi penagih rokok... ada yang siap heran lagi kenapa kita boleh hisap rokok jenama itulah jenama inilah... member-member yang (kena gelar pon---) tak reti isap ni cuba jugak (pasal tak rela dianggap pon---) tapi tak menjadi jugak... langsung tak sedap, bahkan batuk dan macam-macam lagi.

Time kita sekolah dulu... isap rokok ni boleh kata dapat lesen laa. Saya dapat lesen isap rokok dari bapak saya sendiri. Sebelum saya melanjutkan pelajaran ke Semenanjung umur saya ketika itu lebih kurang 16 tahun, ayah saya hidangkan rokok dan suruh saya hisap dan sayapun hisap. Apa yang bapa saya kata ialah: "Kalau kamu pandai hisap rokok nanti kamu akan pandai simpan duit... dan yang penting saya tak mahu anak saya menghisap rokok sembunyi-sembunyi- dan lebih jauh dari itu ayah tak mahu anaknya belajar dan akhirnya pandai BERBOHONG kerana rokok".

Inilah saya kata 'lesen'... saya tak tahu kepada anaknya (adik-beradik saya) yang lain. Dan lagi nak jadi cerita bahawa: "Saya saling meminta dan memberi rokok dengan guru saya ketika di sekolah Menengah Tinggi dahulu, dan menghisap rokok bersama-sama di kanten sekolah"

Sekarang anak lelaki saya ada dua orang yang seorang kini di Univeresiti dan seorang lagi sedang mengambil Peperiksaan STAM.... Al-hamdu liLlah!!! mereka tidakpun menghisap rokok. Selama inipun mereka tidak pernah melarang saya merokok. Namun apabila saya beritahu mereka bahawa saya telah berhenti merokok mereka mengucap syukur dan sungguh gembira.

Apa yang saya nak kata lagi ialah tragedi di awal tahun Masehi 2009 berbetulan dengan Awal Muharrah 1430 Hijrah.... bedilan Israeil terhadap GAZA bagaikan bunga api perayaan Hari Natal yang dimulai dari 27 Dismber yang kebetulan tarikh lahir saya... menyebabkan saya benar-benar mengharapkan mendapat pertolongan Allah SWT untuk terus BERHENTI menghisap rokok, dan Al-hamdu liLlah kini tempoh lama saya telah MENTALAK-TIGAKAN rokok hampir mencapai satu tahun. Kalau pada ketika mula-mula berhenti merokok itu saya cuba menghilangkan ketagih rokok dengan 'halwa kulit limau mandarin' Al-hamdu liLlah sekarang sudah biasa dan tak ada rasa ketagih lagi.

Ya, sejak dari peristiwa itu juga saya tidak mencuci kereta sendiri di rumah kecuali membawanya ke tempat mencuci kereta. Entahlah kenapa. Mungkin tak larat kerana faktor usia atau kerana dah berhenti merokok!!! Dulu kalau mencuci kereta saya tahan mungkin kerana sambil mencuci kereta berbatang-batang rokok saya 'balun'. Tapi hari ini saya telah mencucinya di rumah dengan anak lelaki saya kerana 'boring' tak dapat buka TKO. OK pulak... tak penat mana pun!... tak payah hisap rokok pun!!!

Akan tetapi, sehingga artikel santai ini siap ditulis TKO masih gagal dicapai... maka ini mengesahkan lagi sangkaan saya bahawa ada sesuatu yang tak kena kepada TKO. Al-maklum PRK 2 Bukit 1 Batang hanya tinggal 2 hari... dan TKO dikenal pasti sebagai PENYUMBANG besar kejayaan di Permatang Pauh dan juga di Kuala Terangganu... dan sepertimana berlaku ketika PRK 036 K.Terangganu TKO digodam... maka inilah yang kini berlaku sekarang.

Kerajaan UMNO/BN rasa mereka boleh memadamkan API KEBANGKITAN rakyat dengan meniup dengan mulut-mulut mereka. Mereka lupa dengan KEKUASAAN ALLAH SWT yang mahu melihat CAHAYA itu terus marak menyala dan seterusnya membakar hangus UMNO dan BN dan menggantikannya dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, Keadilan dan DAP (Insya Allah akan disertai oleh Parti-parti yang lain dalam masa terdekat ini).

Perdana Menteri ke-6 baru dilantik,
Konon nak tunjuk muka yang baik,
Penggantungan akhbar ditarik balik,
Tahanan ISA dibenar balik.

Ini semua hanyalah gimik,
Tujuan jelas demi politik,
Mulalah sudah mereka bertempik,
Hentam pembangkang tidak berlapik.

Tengok! TKOpun dia kerjakan,
Konon Harakah dah dibenarkan,
Suara Keadilan tiada sekatan,
Kita semua DIGULA-GULAKAN.

Sekian terima(lah) kasih,

Ambuyat"
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1219&mode=&order=0&thold=0

0 comments:

Leave a Reply

Video Pilihan



Pautan Blog