referer

PAS Langkawi - UPU Ulu Melaka


Embedded Image



TELAH BERPINDAH KE http://upu-ulumelaka.blogspot.com/
This div will be replaced

TELAH BERPINDAH KE http://upu-ulumelaka.blogspot.com/

SILA KLIK - SALURAN YOUTUBE TERPILIH
http://www.youtube.com/user/tvpas09
http://www.youtube.com/user/malaysiakini
http://www.youtube.com/user/greenboc
http://www.youtube.com/user/mediarakyat
http://tvkedah.blogspot.com/

padang.gaong@gmail.com

Justifikasi apakah Harakah boleh dijual kepada ahli PAS sahaja?

Shirzad Lifeboat

Sebagai pembaca akhbar Harakah, biasanya saya akan ke kedai runcit atau kios majalah di persekitaran pejabat untuk mendapatkan senaskah.

Ada juga ketika tertentu saya membeli akhbar berkenaan di kedai buku di Hentian Pudu Raya atau di kedai majalah yang terletak di KL Sentral.

Lebih lazim dari tidak, jika lewat, saya akan gagal mendapatkan naskah Harakah dari tempat ini.

Ada juga ketika di mana saya diberitahu oleh taukeh kedai akhbar Harakah telah dirampas dari rak jualan oleh orang tertentu atas sebab yang diketahui (atau kemungkinan besar tidak diketahui oleh orang tertentu).

Ketua Pengarang Harakah Saudara Ahmad Lutfi Othman pernah memberitahu saya penerbitan Harakah tertakluk kepada syarat ia hanya boleh dijual kepada ahli PAS sahaja di markas parti sahaja.

Ini bermakna kalau anda mahu membaca mengenai parti PAS anda harus mendaftarkan diri sebagai ahli. Dan sebagai ahli anda akan diberikan kad ahli dan anda perlu membawa kad ini ketika membeli akhbar Harakah di markas parti.

Jika anda tidak memilik atau membawa kad ahli, anda tidak boleh membeli akhbar Harakah kerana tentulah sukar untuk penjual akhbar di markas PAS mengenali ratusan ribu ahli parti.

Seseorang akan bertanya apakah justifikasi mengenakan syarat sedemikian. Apakah organ parti seperti akhbar Harakah perlu dikategorikan sebagai sebuah penerbitan badan ikhtisas yang hanya perlu dilanggan oleh ahli sahaja?

Dalam kes penerbitan badan ikhtisas justifikasi mengedarkan sesuatu penerbitan kepada ahli adalah ketara. Jika anda seorang ahli Persatuan Akitek Malaysia, tidak ada gunanya anda membaca atau apatah lagi melanggan majalah The Malaysian Accountant Journal yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

Dan jika anda seorang ahli MICPA, tentulah tidak ada undang-undang yang mengatakan anda tidak boleh membaca majalah Accounting & Business yang diterbitkan oleh Association of Chartered Certified Accountants (UK).

Jadi apakah justifikasi mengenakan syarat penjualan terhad kepada Harakah dan juga organ parti politik lain di negara ini?

Apakah kerana sudah menjadi amalan dalam semua negara demokrasi di dunia ini bahawa menjadi kesalahan besar apabila sesuatu penerbitan yang dikhususkan untuk ahli sesebuah pertubuhan dibaca oleh ahli pertubuhan yang lain ataupun bukan ahli mana-mana pertubuhan?

Atau apakah terkandung dalam hukum syarak bahawa seseorang Islam dilarang keras membaca sesuatu penerbitan yang dikhususkan untuk pertubuhan tertentu?

Atau apakah Malaysia bersendirian dalam mengenakan syarat dan peraturan sedemikian di kalangan negara demokratik dunia?

Mengenakan syarat sedemikian kepada akhbar politik yang menjadi organ parti samalah seperti memberikan takrif bahawa penerbitan sedemikian setaraf dengan bahan pornografi.

Namun pemimpin kerajaan UMNO-BN sedia mengetahui betapa syarat yang dikenakan bukannya disebabkan semua itu. Malah mereka menyedari ia adalah pencabulan prinsip demokrasi kerana menghalang rakyat daripada mendapat maklumat.

Mereka menyedari semua itu dilakukan bagi menyelamatkan status quo Umno-BN dalam kerajaan.

Sehari sebelum hilang jawatan kabinetnya, Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar mengusulkan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana ia tidak lagi relevan dalam era kini.

Sebenarnya Syed Hamid dan pemimpin Umno-BN sudah lama sedar betapa "mulut media boleh ditutup, mulut internet macam mana pula?" Harakahdaily.

0 comments:

Leave a Reply